Thursday, February 19, 2009

Untuk Kegunaan Luaran 1

Herba Pembersih Wanita: Menegekalkan kawasan vagina agar bersih dan mencegah jangkitan
  • Herba pembersih wanita diperbuat daripada campuran herba yang beraroma yang telah lama diiktiraf untuk menggiat semula, mengurangkan radang dan menyahbau badan terutamanya di kawasan vagina
  • mengandungi herba yang mengandungi minyak pati yang tinggi untuk memberi kelegaan segera pada ketidakselesaan vagina akibat jahitan dan radang
  • herba yang tinggi kandungan taninnya juga digunakan untuk mengecutkan tisu vagina dan mempercepatkan proses penyembuhan

Arahan: Guna produk pada hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari. Guna herba pembersih wanita 2 kali sehari.

Herba mandian: menyegar, mencergas dan memberi tenaga semula

Dibuat daripada campuran herba tropika utk menyegar dan mencergaskan dan memberi tenaga semula kepada tubuh daripada kepala ke hujung kaki.

  • herba dipilih kerana harumannya, kandungan minyak dan ciri-ciri yang merehatkan antikeradangan, antifungus, antibakteria dan merangsang.
  • herba-herba anti keradangan seperti tumeric domestica dan curcuma xanthoririza adalah termasuk untuk membantu melegakan masalah kulit seperti gatal-gatal dan ruam
  • mandi dengan herba mandian membantu melegakan otot yang letih dan sakit

Arahan: Guna produk pada hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari.

Cara penyediaan:

  1. didihkan 1 uncang dalam 2 liter air selama 20 min
  2. tuangkan ekstark ke dalam baldi dan masukkan air sehingga anda medapat larutan yang suam
  3. guna sebagai air mandian

Campuran peramping perut: memejal dan menguatkan otot-otot dan tisu-tisu abdomen

Untuk mengetatkan bahagian perut yang boleh menjadi mengelebeh selepas bersalin

  • campuran herba yang dirumus khas dengan tanah liat dan pelbagai jenis herba dan jus limau nipis unutk membantu memejalkan kulit perut yang kembang akibat kehamilan
  • juga membantu menghilangkan parut atau tompok hitam yang biasanya wujud dikawasan perut apabila ia mengecut

Arahan: Guna produk pada hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari. Kesan lebi baik dengan penggunaan bengkung dan digunakan selepas mandi dan berurut.

Awas: Jangan gunakan jika bersalin melalui pembedahan

Cara Penyediaan:

  1. masukkan 4 sudu kecil air panas ke dalam paket serbuk dan campurkan agar menjadi pes
  2. sapu pes sekata di perut dan tutup dengan kain nipis
  3. gunakan bengkung untuk kesan yang lebih baik
  4. bersihkan pes selepas membuka bengkung

No comments:

Post a Comment