Wednesday, February 18, 2009

Herba Untuk Dimakan

Teh Herba: Membersihkan sistem
Diambil sebagai tonik untuk mencergaskan semula ibu baru
  • membantu membersihkan darah beku daripada rahim dan mempercepatkan penyembuhan jahitan
  • herba antiradang membantu merawat tisu yang radang dalam badan terutamanya di kawasan rahim dan vagina
  • menguatkan badan dan meningkatkan peredaran darah ibu baru

Arahan: Ini boleh diambil dari hari ke-5 hingga ke-10 selepas bersalin. Minum 2 kali sehari dengan hidangan selama 5 hari. Bru 1 uncang dalam air panas selama 5 minit. Minum sementara teh masih hangat. Campur dengan 1 sudu madu manuka, jika mahu

Lepas bersalin 1: Memulih tenaga dan menggalakkan laktasi

Membantu ibu-ibu yang menyusu memulihkan tenaga dan menggalakkan pengeluaran susu ibu.

Arahan: Boleh diambil selama 15 hari bermula dari hari ke-10, sebaik sahaja selepas menghabiskan teh herba. Dua kapsul harus diambil 2 kali sehari selepas sajian. Seeloknya diambil diwaktu pagi dan malam.

Lepas bersalin 2: Membantu ibu baru mendapatkan semula susuk badannya

Membantu ibu baru mendapat kan kembali susuk badan asalnya secara luaran dan dalaman sambil terus menyusukan bayi.

  • membantu mengecutkan tisu rahim dan otot vagina
  • herba-herba mempunyai kesan diuretik, yang membantu mengurangkan cecair berlebihan
  • meransang rembesan susu

Arahan:Untuk dimakan selama 20 hari, bermula hari ke-25 selepas melahirkan,sebaik sahaja menghabiskan lepas bersalin 1. 2 kapsul harus diambil 2 kalisehari selepas makan. Seeloknya diambil pada waktu pagi dan malam.

No comments:

Post a Comment