- Herba pembersih wanita diperbuat daripada campuran herba yang beraroma yang telah lama diiktiraf untuk menggiat semula, mengurangkan radang dan menyahbau badan terutamanya di kawasan vagina
- mengandungi herba yang mengandungi minyak pati yang tinggi untuk memberi kelegaan segera pada ketidakselesaan vagina akibat jahitan dan radang
- herba yang tinggi kandungan taninnya juga digunakan untuk mengecutkan tisu vagina dan mempercepatkan proses penyembuhan
Arahan: Guna produk pada hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari. Guna herba pembersih wanita 2 kali sehari.
Herba mandian: menyegar, mencergas dan memberi tenaga semula
Dibuat daripada campuran herba tropika utk menyegar dan mencergaskan dan memberi tenaga semula kepada tubuh daripada kepala ke hujung kaki.
- herba dipilih kerana harumannya, kandungan minyak dan ciri-ciri yang merehatkan antikeradangan, antifungus, antibakteria dan merangsang.
- herba-herba anti keradangan seperti tumeric domestica dan curcuma xanthoririza adalah termasuk untuk membantu melegakan masalah kulit seperti gatal-gatal dan ruam
- mandi dengan herba mandian membantu melegakan otot yang letih dan sakit
Arahan: Guna produk pada hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari.
Cara penyediaan:
- didihkan 1 uncang dalam 2 liter air selama 20 min
- tuangkan ekstark ke dalam baldi dan masukkan air sehingga anda medapat larutan yang suam
- guna sebagai air mandian
Campuran peramping perut: memejal dan menguatkan otot-otot dan tisu-tisu abdomen
Untuk mengetatkan bahagian perut yang boleh menjadi mengelebeh selepas bersalin
- campuran herba yang dirumus khas dengan tanah liat dan pelbagai jenis herba dan jus limau nipis unutk membantu memejalkan kulit perut yang kembang akibat kehamilan
- juga membantu menghilangkan parut atau tompok hitam yang biasanya wujud dikawasan perut apabila ia mengecut
Arahan: Guna produk pada hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari. Kesan lebi baik dengan penggunaan bengkung dan digunakan selepas mandi dan berurut.
Awas: Jangan gunakan jika bersalin melalui pembedahan
Cara Penyediaan:
- masukkan 4 sudu kecil air panas ke dalam paket serbuk dan campurkan agar menjadi pes
- sapu pes sekata di perut dan tutup dengan kain nipis
- gunakan bengkung untuk kesan yang lebih baik
- bersihkan pes selepas membuka bengkung